Isnin, 7 Januari 2013

Assalamualaikum...Sama-sama kita berkongsi ilmu

Surah al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat. Sekiranya cacat bacaannya, maka akan rosaklah solat yang dikerjakan. Oleh itu, setiap orang Muslim perlulah sentiasa memperbaiki bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaan sahaja yang rosak sekiranya dibaca dengan tidak betul, malah kita juga akan tersebut nama syaitan pula ketika bersolat tanpa kita sedari.

Berikut adalah nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah al-Fatihah:

DU LI LAH (bila dibaca tanpa sabdu) - sepatutnya DULILLAH

HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya HI ROB

KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KI YAU

IYA (bila disebut tanpa sabdu) - sepatutnya IYYA. Perkataan IYA bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke-5, jika tersalah membacanya (menyebut IYA), ayatnya akan menjadi bermaksud "Kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan".

KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAK

KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI ........ sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti..

Sebutan AMIN sesudah bacaan al-Fatihah mesti dibaca dengan betul iaitu sebutan 'A^A' panjangnya 2 harakat, dan sebutan 'MI^I^I^N' panjangnya 3 harakat.


Tiada ulasan: