Jumaat, 25 Mei 2012

Tariqat Naqsyabandiah

Zikir Sambil Menari...
                                  
                                  
Perihal Tarekat Naqshabandiah

TAREKAT adalah perkataan bahasa Arab bermaksud jalan atau cara di mana ia menjurus kepada maksud kaedah untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Dari segi istilah, ia merujuk kepada aliran yang wujud dalam amalan tasawuf atau amalan penyucian hati dan jiwa yang memfokuskan kepada amalan zikir yang disusun ulama tertentu.

Penyucian itu dikenali sebagai tawasuf yang mana sebahagian amalan itu dituntut Islam. Amalan penyucian diri atau lebih dikenali dengan nama tasawuf adalah sebahagian amalan yang dituntut Islam.

                              

                              
Bergerak2 ketika berzikir adalah perkara yg baik.keran ia mencergaskan tubuh badan untuk beribadat kpd Allah dan ia harus di sisi syara' berdalilkan dari hadis saiyyidina Anas (Allah meredhoinya),"Adalah orang Habsyah menari di hadapan Rasulullah(selawat dn salam ke atas baginda) dan sambil mereka berkata 'Muhammad hamba yang soleh'. Bertanya Rasulullah : "Apa yang mereka katakan?" maka dikatakan kepada Rasulullah sesungguhnya mereka berkata 'Muhammad hamba yang soleh'." ketika mana Rasulullah melihat mereka dalam keadaan itu, Nabi tidak mengingkari mereka dan Nabi membenarkan perkara tersebut.
Dan sudah maklum bahawa hukum hakam syari'ah itu diambil daripada kata2 Nabi,perbuatan Nabi dan iqrar Nabi. Tatkala Nabi melihat perbuatan kaum habsyah itu,Nabi tidak mengingkarinya dan ini menjelaskan bahawa perbuatan menari ketika itu tidak di sisi syara'. Jika perbuatan mereka itu haram, maka Nabi akan melarang kerana Nabi takkan redha kepada sebarang maksiat. Menghayunkan atau menggoncangkan badan tika berzikir atau memuji Nabi x salah di sisi syara' kerana ada dalil dari sunnah taqririyah yang membenarkannya.
Berkata Ahlul Kufah selepas dari kewafatan sayyidina 'Ali(Allah meredhoinya),"Allah merahmati 'Ali dn kaumnya,adalah mereka itu apabila berzikir kpd Allah,mereka mengayunkan badan2 mereka seperti ayunan pokok dari angin yg kuat.."
Di riwayatkan di dalam مجمع الزوائد bhawa sayyidina 'Abdullah bin 'Uqbah berkata,"Adalah para sahabat Nabi mereka mengayunkan badan tika berzikir seperti ayunan angin pada pokok."
Berkata Al Fudhoil bin 'Iyadh(Allah merahmatinya),"Adalah para sahabat Nabi apabila berzikir,mereka mengayunkan badan ke kanan dan ke kiri seperti pokok berayun kerana angin yang kuat ke depan dan kembali semula ke belakang."
Jelas di sini bahwa zikir sambil berdiri ada nas dari al quran pd surah Ali 'Imran ayat 191, ٱلَّذِينَ يَذۡكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَـٰمً۬ا وَقُعُودً۬ا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمۡ وَيَتَفَڪَّرُونَ فِى خَلۡقِ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ رَبَّنَا مَا خَلَقۡتَ هَـٰذَا بَـٰطِلاً۬ سُبۡحَـٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka.)
Berzikir sambil mnggerak2kn badan diambil dari para sahabat Nabi.


                             
Naqshbandi Haqqani Dhikir  With Shaykh Nazim Al Haqqani

                               
Maulidur Rasul 1431 with Shaykh Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah at Community Hall, Damansara Heights on 24th February 2010

                              

Tariqat Naqshbandi mempunyai sejarah yang panjang iaitu silsilah pemimpin ataupun imam-imam besar bagi tariqat ini dapat dikesan sehingga ke Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq, Khalifah Ar-Rasyidun yang pertama.Abu Bakar as-Siddiq menjadi pengganti pertama kepada Rasulullah (s.a.w) untuk memimpin Ummat Islam pada masa itu dan mengukuhkan rohani dan iman mereka. Firman Allah didalam Al-quran yang mulia
"...sedang dia salah seorang dari 2 orang ketika keduanya berada dalam gua,di waktu dia berkata kepada temannya,Janganlah kamu berdukacita sesungguhnya Allah beserta kita." (Al-Quran, 9:40)
Rasulullah (s.a.w) pernah memuji Abu Bakar as-Siddiq dengan sabdanya,"Dikala terbit atau terbenamnya matahari, sinarnya yang memancar itu, tidak pernah menyinar pada seorang yang lebih baik selain Abu Bakar melainkan para Nabi dan Rasul." (Tarikh al-Khulafa) Baginda (s.a.w) juga pernah bersabda,"Abu Bakar lebih utama daripada kamu bukan kerana banyaknya solat atau puasa beliau melainkan kerana sesuatu rahsia yang berakar umbi di dalam hatinya."(Manaqib as-Sahaba Imam Ahmad). Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda," Jika aku di kehendaki memilih teman yang kucintai,aku memilih Abu Bakr sebagai teman yang kucintai;tetapi dia adalah saudara dan sahabatku."(Sahih Muslim)
Tariqat Naqshbandi terbina asas dan rukunnya oleh 5 bintang yang bersinar diatas jalan Rasulullah (s.a.w) ini dan inilah yang merupakan ciri yang unik bagi tariqat ini yang membezakannya daripada tariqat lain. Lima bintang yang bersinar itu ialah Abu Bakr as-Siddiq,Salman Al-Farisi,Bayazid al-Bistami,Abdul Khaliq al-Ghujdawani dan Muhammad Bahauddin Uwaysi a-Bukhari yang lebih dikenali sebagai Shah Naqshband - Imam yang utama didalam tariqat ini.
Perkataan Naqshband berasal daripada dua cetusan idea : naqsh yang bermaksud "ukiran" dan ini diertikan sebagai mengukir nama Tuhan pada hati dan band pula bermaksud "ikatan" yang menunjukkan ikatan antara insan dan Penciptanya. Oleh itu ini bermakna Tariqat Naqshbandi mengajak murid-muridnya lelaki ataupun perempuan, agar melakukan solat dan menunaikan perkara yang wajib mengikut Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w) dan kehidupan para sahabat berserta dengan sifat Ihsan. Agar terus bermujahadah dan dapat merasakan kehadiran Allah dan perasaan cinta kepada Allah didalam hati murid-murid tadi dan seterusnya terjalinlah ikatan antara murid dengan Penciptanya.

Muhammad Bahauddin Uways al-Bukhari dikenali sebagai Shah Naqshband, Imam Tariqat Naqshbandi yang tiada tandingannya. Dilahirkan pada tahun 1317 masihi di sebuah kampung yang bernama Qasr al-Arifin terletak dekat dengan Bukhara. Dalam usia muda 18 tahun beliau telah mahir dan mempunyai pemahaman yang mendalam tentang 'Ilmu Shariah. Seterusnya beliau sentiasa bersama Shaykh Muhammad Baba as-Samasi, yang merupakan Imam al-Muhaddithin (ilmu hadith) di Asia Tengah pada zaman itu. Selepas kemangkatan beliau, Shah Naqshband bersama pula dengan Shaykh Amir Kulal. Shaykh Amir Kulal meneruskan dan menyempurnakan pendidikan Shah Naqshband didalam 'Ilmu al-Quran dan 'Ilmu adz-dzikr yang diwarisinya daripada Nabi Muhammad (s.a.w), Abu Bakr as-Siddiq, Salman al-Farisi sehinggalah ke zamannya.
Anak-anak murid Shaykh Amir Kulal biasa berdzikir dengan suara yang kuat semasa berdzikir beramai-ramai. Apabila berseorangan mereka berdzikir secara senyap. Shah Naqshband pernah berkata,
"Ada dua kaedah berdzikir iaitu yang kuat dan yang senyap. Saya memilih yang senyap kerana ia mempunyai kesan yang lebih mendalam." Kerana inilah, kaedah dzikir secara senyap merupakan ciri yang khusus bagi Tariqat Naqshbandiyya yang membezakannya daripada lain-lain tariqat. Walaupun Abu Bakr as-Siddiq dan Shah Naqshband memilih dan cenderung kepada kaedah dzikir secara senyap, mereka tidak pernah mengkritik kaedah dzikir secara kuat.
Shah Naqshband telah menunaikan fardhu haji sebanyak 3 kali. Selepas itu beliau menetap di Merv dan Bukhara. Di penghujung hidupnya dia kembali ke tempat kelahirannya, kota Qasr al-Arifin. Ajarannya menjadi buah mulut orang ramai dan dan namanya meniti dari bibir ke bibir. Pelawat daripada jauh datang untuk menziarahi dan belajar dan mendapatkan nasihat daripada beliau. Murid-muridnya menimba ilmu didalam madrasah dan masjid yang dapat memuatkan 5000 orang dalam satu-satu masa yang dibina oleh beliau. Madrasah ini merupakan pusat pengajian Islam yang terbesar di Asia Tengah. Bangunan ini terus berdiri tegak hingga sekarang walaupun telah melalui zaman pemerintahan Komunis selama 70 tahun. Sekarang kerajaan tempatan mula memperbaiki dan menjaga bangunan tersebut.
Ajaran Shah Naqshband telah memberi cahaya kedalam hati-hati murid-muridnya yang selama ini berada di dalam kegelapan. Beliau mengajar anak muridnya mengenai Keesaan Allah yang mana bidang ini menjadi bidang kepakaran Imam-imam Tariqat ini yang datang sebelum beliau. Beliau menekankan kepada anak muridnya tentang peri pentingnya untuk merealisasikan maqam al-Ihsan berdasarkan kepada hadith Rasulullah (s.a.w), "Ihsan ialah menyembah Allah seperti kita dapat melihatNya..."
Semasa beliau sakit di saat-saat penghujung hidupnya, beliau mengunci dirinya didalam sebuah bilik. Murid-muridnya datang menziarahi beliau tanpa henti-hentinya dan beliau memberi kepada mereka apa yang mereka perlukan. Pada satu ketika beliau telah menyuruh anak-anak muridnya membaca surah Yaasin. Setelah mereka selesai membacanya, beliau mengangkat tangan dan terus berdoa.Seterusnya beliau mengangkat jarinya sambil membaca kalimah syahadah. Setelah selesai membaca kalimah tersebut, ruh beliau pergi meninggalkan jasad untuk kembali ke hadrat ilahi,pada malam Isnin tahun 1388 masihi. Beliau dikebumikan didalam tamannya, seperti yang beliau wasiatkan. Raja-raja yang memerintah Bukahara selepas itu, menjaga serta membesarkan madrasah dan masjid yang telah beliau bina dan menambahkan jumlah wang waqaf bagi pemeliharaan dan kegunaan madrasah tersebut.
Shaykh-shaykh Tariqat Naqshbandi yang datang selepas Shah Naqshband telah banyak menulis tentang riwayat hidup beliau. Antaranya ialah Masoud al-Bukhari dan Sharif al-Jurjani yang menulis Risala Bahaiyya yang menerangkan secara terperinci mengenai kehidupan dan ajaran serta fatwa-fatwa yang telah di keluarkan oleh Shah Naqshband. Shaykh Muhammad Parsa yang meniggal di Madinah pada tahun 1419 menulis Risala Qudsiyya. Karya ini menceritakan mengenai kelebihan dan kesolehan serta ajaran-ajaran Shah Naqshband.
Banyak karya-karya yang telah ditinggalkan oleh Shah Naqsband untuk generasi selepas beliau. Antaranya termasuklah, al-Awrad al-Bahaiyya, Amalan-amalan Shah Naqshband, Tanbih al-Ghafilin Maslakul Anwar dan Hadiyyatus Salikin wa Tuhfat at-Talibeen. Dia juga telah menulis puji-pujian buat Rasulullah (s.a.w) dan mengeluarkan banyak fatwa pada zamannya. Antara pendapat beliau ialah, kesemua amalan dan kaedah penyembahan, samaada yang wajib ataupaun yang sunat, adalah dibenarkan untuk dilakukan bagi mencari dan mencapai haqiqat. Solat, puasa, zakat dan sedekah,berdzikir dan mnyebut nama-nama Allah, memerangi nafsu (mujahadatunnafs)dan kehidupan zuhud, merupakan kaedah-kaedah yang diutamakan agar seseorang murid itu, dapat sampai ke hadrat Ilahi. (Lihat 11 rukun Tariqat Nashbandi).
[Image] Shaykh Nazim al-Haqqani, Pemimpin Tariqat Naqshbandi pada masa ini, semasa menziarahi makam Shah Naqsband. Mufti Uzbekistan sedang memberi beliau segelas air daripada telaga air Shah Naqshband.
Shah Naqshband telah membina madrasah beliau untuk memperbaharui dan mengembalikan obor Islam bagi ummat Islam dizamannya untuk menghayati ajaran Islam sebagai cara hidup mereka. Beliau menekankan tentang pentingnya berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-sunnah Rasulullah (s.a.w). Anak muridnya pernah bertanya kepada beliau,
"Apakah yang kami perlukan untuk mengikuti jalan Tuan?" Beliau menjawab, "Mematuhi dan menghayati jalan dan cara hidup Rasulullah (s.a.w) dengan penuh kecintaan."
Beliau menyambung lagi, "Jalan kita merupakan jalan yang jarang ditemui, kerana ia berpegang kepada Al-Urwatul Wuthqa, iaitu ikatan yang tidak boleh diputuskan. Jalan ini,tariqat ini hanya menghendaki pengikutnya, memegang pada jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah (s.a.w) - jalan yang suci lagi terpelihara - dan jalan yang dilalui oleh pengikut dan para sahabat baginda (s.a.w) di dalam perjuangan kita untuk menuju ke hadrat ilahi - mengenal hakihat ketuhanan."
Kehidupan Shah Naqshband amatlah zuhud. Beliau amat mementingkan kehalalan makan yang beliau makan. Beliau memakan roti daripada barli yang beliau tanam dan tuai sendiri. Beliau amat mencintai para fakir miskin dan selalu memasak dan melayan mereka serta menziarahi mereka apabila mereka sakit. Sebenarnya beliau seorang yang kaya dan suka membelanjakan hartanya semata-mata pada jalan Allah, bukan untuk diri atau keluarga. Sifat beliau yang pemurah itulah yang menyebabkan beliau amat dicintai dan sifat kedermawanannya sentiasa menjadi buah mulut orang ramai.
Shah Naqsband pernah berkata:
    "Tariqat Naqshbandi ini, merupakan jalan yang paling mudah dan senang bagi seorang murid untuk memahami tentang Tauhid.Ia bebas daripada bida'ah ataupun sebarang peyimpangan dan perbuatan yang ekstrim (shaathiyyat) ataupun tarian dan sebutan yang sukar untuk difahami (sama'a). Ia tidak meminta muridnya untuk sentiasa berlapar ataupun berjaga sepanjang malam.Oleh kerana sifat-sifat inilah, Tariqat Naqshbandiyya tetap bebas daripada mereka yang jahil ataupun penipuan (mushawazeen). Kesimpulannya, kita pula mengatakan bahawa tariqat kita ini merupakan ibu bagi tariqat-tariqat lain dan penjaga amanah kerohanian. Jalan ini adalah jalan yang paling selamat, berhikmah, dan jelas. Ia umpama telaga air yang daripadanya dapat diminum air yang suci dan amat bersih. Sehingga kini Tariqat Naqshbandiyya bebas daripada ancaman ataupun serangan daripada mana-mana pihak keran ia berpegang teguh pada As-sunnah Rasulullah (s.a.w)- jalan yang terpelihalagi diredhai. 
                       
    Mawlana Shaykh Nazim Adil Al-Haqqani Sultanul Awliya Visiting HRH Raja Ashman Shah

Question:
Assalamualaikum Mawlana Shaykh Hisham and eshaykh team,
alot of people ask me why we do the hadrah, and once I heard it was to celebrate the coming of Imam Mahdi A.S, some say its out of love for the Prophet s.a.w. Also the relevance of it, Id heard some one once say that in the time of the Prophet s.a.w when his companions saw him they would start hopping at a spot, or spinning? something of that sort? could you please explain. JazakAllah

Answer:
wa `alaykum salam,
In view of his strictness in every matter, Sultan al-`ulama’ al-`Izz ibn `Abd al-Salam al-Sulami (d. 660) is famous for his fatwa allowing sama` or poetry recitals, and the swaying of the body and dancing associated with trances and other states of ecstasy during dhikr. Imam Ahmad related in his Musnad:
`Ali said: I visited the Prophet with Ja`far (ibn Abi Talib and Zayd (ibn Haritha). The Prophet said to Zayd: “You are my freedman” (anta mawlay), whereupon Zayd began to hop on one leg around the prophet (hajala). The Prophet then said to Ja`far: “You resemble me in my creation and my manners” (anta ashbahta khalqi wa khuluqi), whereupon Ja`far began to hop behind Zayd. The Prophet then said to me: “You pertain to me and I pertain to you” (anta minni wa ana minka) whereupon I began to hop behind Ja`far.
Shaykh al-Islam Ibn Hajar al-Haytami mentions that some scholars have seen in this evidence for the permissibility of dancing (al-raqs) upon hearing a recital (sama`) that lifts the spirit. Al-Yafi`i concurs with him in Mir’at al-jinan. Both of them mention al-`Izz ibn `Abd al-Salam as the chief example of such scholars, since it is authentically reported that he himself “attended the sama` and danced in states of ecstasy” (kana yahduru al-sama` wa yarqusu wa yatawajadu), as stated by Ibn al-`Imad on the authority of al-Dhahabi, Ibn Shakir al-Kutabi, al-Yafi`i, al-Nabahani, and Abu al-Sa`adat.
This permissibility of a type of dancing on the part of the Imams and hadith masters precludes the prohibition of sama` on a general basis, and that of the dancing that accompanies sama` as well, regardless of the reservations of Ibn Taymiyya concerning it which, in the mouths of today’s “Salafis,” do become cut-and-dry prohibitions.
As for particular cases where the dancing may be prohibited, it regards the worldly kind of effeminate dancing which has nothing to do with the ecstasy of of sama` and dhikr. Al-`Izz ibn `Abd al-Salam differentiated the two in his Fatwas:
Dancing is a bid`a or innovation which is not countenanced except by one deficient in his mind. It is unfitting for other than women. As for the audition of poetry (sama`) which stirs one towards states of purity (ahwal saniyya) which remind one of the hereafter: there is nothing wrong with it, nay, it is recommended (bal yundabu ilayh) for lukewarm and dry hearts. However, the one who harbors wrong desires in his heart is not allowed to attend the sama`, for the sama` stirs up whatever desire is already in the heart, both the detestable and the desirable.

Khamis, 10 Mei 2012

Melayu di Malaysia menggunakan defenisi kebudayaan. Menurut konstitusi Malaysia, defenisi Melayu adalah beragama Islam, bercakap Melayu dan mengikuti adat istiadat Melayu. Ini masuk dalam defenisi Melayu dari segi kebudayaan, jadi Melayu berdasarkan kelakuan, bukan keturunan. Jadi, walaupun ia Jawa, Mandailing, Banjar, Bugis dan lainnya selama beragama Islam, bercakap Melayu (dengan bermacam dialek & logat tentu) dan mengikuti adat istiadat Melayu maka ia adalah Melayu. Pertanyaannya adalah adakah seorang nonya atau baba atau keturunan Portugis di Melaka atau bule Amerika yang bekerja di KL (yang pasti berwajah bule/mat saleh dan bukan sawo matang) lalu masuk Islam, bersarung, berbaju kurung dan bercakap melayu lalu adakah ia melayu? Bagaimana dengan anak Shah Alam bernama Zakaria yang lahir di Amerika, lalu ia mengganti nama menjadi ‘Jack’, tak sudi berkain sarung, tinggal di Apartemen mewah dan selalu bergaul dengan mat saleh di KL hingga berbusa mulut berpelat Inggris (‘speak Malay makes me so underrated’ he claims), memang masih lagi muslim tapi entah bila terakhir sholat…Melayukah si Jack? Hmm…sekadar merenung.


Selasa, 1 Mei 2012

kita sama2 kaji siapa AMBIGA

Ambiga Sreenevasan Bekas Presiden Majlis Peguam itu adalah orang yang bertanggungjawab dengan memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu. Tindak tanduk Ambiga memperlihatkan diri beliau sebagai seorang yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan walaupun merupakan Pengamal undang2. Menyedari kemarahan orang MELAYU ISLAM pada beliau retetan isu MURTAD, dia cuba beralih arah utk menawan hati Melayu balik. Isu 8 Perkara adalah yg terbaik untuk tawan semula hati org MELAYU dan sekaligus rakyat Malaysia serta parti2 politik ibarat serampang dua mata dengan mempelopori BERSIH seolah2 beliau wirawati demokrasi. Kemudian menjadi Pengerusi program Seksualiti Merdeka menghimpunkan "Lesbian, Gay, Bisexual and Transexual (LGBT)" dengan penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas. Dengan sokongan rakyat keatas BERSIH 3.0 yg dilihat beliau sebagai berjaya adalah tidak mustahil selepas ini beliau akan menganjurkan pula Perhimpunan Memansuhkan Islam Agama Rasmi Malaysia dan Menghapuskan Hukum Syariah di Malaysia. Ini bukan sesuatu yg mustahil utk beliau, Knpa AMBIGA Syaitan Betina ni yg beria2 mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dan Isu 8 perkara dgn mempelopori BERSIH, siapa dalang belakang beliau, siapa funder dia, apa muslihat dan alasannya??? Saya cuma nak kita sama2 kaji siapa AMBIGA, seorang yg ambitiousness, yg cuba cari pengaruh pada rakyat Malaysia atas tujuan apa?