Assalamualaikum...Sama-sama kita berkongsi ilmu
Surah al-Fatihah adalah salah satu rukun dalam solat.
Sekiranya cacat bacaannya, maka akan rosaklah solat yang dikerjakan. Oleh itu,
setiap orang Muslim perlulah sentiasa memperbaiki bacaannya dengan ilmu tajwid.
Bukan setakat bacaan sahaja yang rosak sekiranya dibaca dengan tidak betul,
malah kita juga akan tersebut nama syaitan pula ketika bersolat tanpa kita
sedari.
Berikut adalah nama-nama syaitan yang terdapat dalam surah
al-Fatihah:
DU LI LAH (bila dibaca tanpa sabdu) - sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KI YAU
IYA (bila disebut tanpa sabdu) - sepatutnya IYYA. Perkataan
IYA bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke-5, jika tersalah membacanya (menyebut
IYA), ayatnya akan menjadi bermaksud "Kepada mataharilah yang kami sembah
dan kepada matahari kami meminta pertolongan".
KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAK
KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) - sepatutnya KA NAS
SIROTHOLLAZI ........ sehingga habis hendaklah dibaca tanpa
henti..
Sebutan AMIN sesudah bacaan al-Fatihah mesti dibaca dengan
betul iaitu sebutan 'A^A' panjangnya 2 harakat, dan sebutan 'MI^I^I^N'
panjangnya 3 harakat.