Polis tembak mati lelaki mengamuk di depan JPM - Seorang
penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis
ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar
perkarangan Kompleks B2, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang
dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam
perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan
bahagian ari-ari.Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti
Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan
di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.Ketua
Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata
kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan
tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.Oleh
kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam
perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di
sini.Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua
suspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai
Accent dan Perodua Kancil milik petugas JPM.Katanya anggota polis cawangan
pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek
dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin
kereta pecah.
Khalil Afandi yang pada mulanya memakai jaket berwarna hijau
kemudian membukanya dan dalam keadaan tidak berbaju, dia menjerit mahu
menggulingkan kerajaan dan bertakbir beberapa kali.
Komplek B JPM dimana
mereka mengamuk terletak bersebelahan jalan komplek utama JPM,Perdana Putra
yang menempatkan pejabat Perdana Menteri. Keduanya adalah dalam kawasan pagar yang berasingan. Namun mereka tidak mungkin dapat menceroboh masuk ke Perdana
Putra kerana kawalan keselamatan di situ amat ketat. Ini berbeza sikit dengan tahap kawalan di Komplek B JPM
antara lain menempatkan pejabat Unit Penyelarasan Perlaksanaan (ICU).
Rabu ,Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kedua-dua mereka dihantar oleh suami dan isteri masing-masing ke kompleks JPM.
Selasa Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh membertitahu Khalil Afandi dan Muhdalina dipercayai mempunyai masalah mental ekoran ajaran sesat yang diikuti mereka.
Katanya mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap kerajaan yang tidak mengamalkan pemerintahan Islam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin mengesahkan
mengenai niat
itu menerusi twitternya awal pagi Jumaat. Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri.
itu menerusi twitternya awal pagi Jumaat. Tujuan Khalil Afandi Abdul Hamid dan Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan menggunakan dua bilah pedang samurai adalah untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri.
Beliau bagaimanapun tidak menjelasan maksud nak ‘ berdepan’
Datuk Seri Najib Tun Razak itu.
Hishamuddin turut mengesahkan tindak tanduk mereka itu tidak
melibatkan satu rangkaian besar atau puak ekstremis dan pengganas.
Katanya Khalil Afandi yang mati setelah cedera ditembak
polis dalam kejadian itu mengakui dirinya Imam Mahadi merasakan dirinya kebal
tidak boleh mati dan boleh menghentikan waktu.
Berikut ialah mesej di twitter beliau:
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O: Khalil Afandi - sah
tujuan berdepan dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi,kebal tak akan
mati dan boleh menghentikan waktu.
Beginilah keadaan lelaki mengamuk itu sejurus selepas
ditembak polis pada petang Isnin 9 julai 2012. lelaki msiteri itu dikatakan
membawa sebilah pedang samurai dalam keadaan tidak berbaju, berseluar jeans dan
bertubuh sasa dan memakai pengikat kepala ada lambang tengkorak. Di sebelahnya
ialah wanita yang turut mengamuk bersama lelaki itu dan wanita itu juga
dilaporkan membawa pedang samurai. Lelaki itu dikenali Khalil Afandi Abdul
Hamid, 47, dan wanita itu dikenali Muhdalina Ahmad, 28 tahun
Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP)
Putrajaya yang tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang
pada jarak dekat dengan menggunakan pedang samurai."Akibatnya seorang
anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan
bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha
kanan.Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.Siasatan awal
mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi'
manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.Kedua-dua suspek yang
menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu
lepas.Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih
dalam siasatan.
Dari profil FB dan Blog Khalil Afandi Hamid
http://gilaapamanusia.blogspot.com/
https://www.facebook.com/khalil.afandi.1?sk=wall
Dalam blog Khalil Affandi Abdul Hamid yang diberi nama
jayanegara1234.blogspot.com terdapat 17 artikel yang ditulisnya. Dia mula
menulis di blognya itu sejak 4 Jun lalu.
Entri terbaru blognya yang ditulis pada 30 Jun lalu yang
bertajuk HIDUP DAN MATI..apa dipertaruhkan yang turut memaparkan kejadian
tsunami yang melanda beberapa negara pada 2004.
Dalam entri blognya yang bertajuk UJIAN UNTUK JIWA.......
eh! dah bermula ke. Bila? Yang ditulis pada 21 Jun lalu dia turut mengaku
meminati penyanyi lagenda rock tanah air, Awie.
“Aku ni kira-kiranya peminat Awie. Manakan tidak.... itu aja
pun makanan aku masa dulu. Kini Awie dah kira ‘living legend’. Mantop!
“Kita tinggalkan Awie.... apa-apa pun terima kasih Awie kerana
memberi hiburan pada aku tatkala perjuangan rasa macam hambar. Layan la....
lagu Awie la pulak. Zaman ini dah ku lalui... Awie kekal Awie,” katanya.
Di laman Facebook miliknya yang juga diberikan nama Jaya
Negara dia menulis sedikit profil peribadi iaitu pernah belajar di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, Kota Baru, Kelantan dan bekerja
sendiri sebagai pembuat landskap di Seri Kembangan.
Dengan hanya memiliki 16 orang rakan yang kebanyakannya
bukan dalam kalangan kaum Melayu, Khalil Affendi dilihat lebih gemar
mengetengahkan isu dalam negara di laman sosialnya itu.
Khalil Affandi mula menulis di Facebooknya pada 23 Mei 2012,
berkaitan berita daripada portal Malaysiakini mengenai tapak niaga di hadapan
rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga.
Entri terakhir yang ditulis di Facebooknya ialah pada 5
Julai lalu mengenai artikel yang juga ditulis portal berita Malaysiakini
berkaitan Uncle Seekers ditahan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Antara komen2 Arwah Khalil Afandi dalam blog nya :
Posting Beliau Pada Monday, 4 June 2012
Permulaan pada satu perkenalan. Allah dan aku.
PERKENALAN. Diperkenalkan oleh Allah Tuhan ku apa itu hidup
ini. Ketika itu aku tidak kenal pun Allah. Seawal usia 3tahun telah ku tahu
hidup ini bukan main-main. Allah mengajar aku tentang kemanusiaan dan aku
begitu mudah untuk mengerti. Pada ketika itu aku tidak tahu ada Allah tempat
mengadu. Aku benar-benar tak tahu..... siapa aku. Aku tak tahu apa-apa. Cuma
satu yang ku tahu kejahatan tidak pernah mampu untuk hidup aman dengan ku.
Diawal usia 3tahun sudah ku tahu ada yang menjaga aku. Tidak ada satu manusia
pun yang mampu menyakiti aku. Ada penjaga yang pasti mengagalkan semua rencana
mereka. Siapakah aku ini?
Aku tidak kenal Allah. Aku juga tidak kenal diriku.... itu
dulu... lamaaaaa dulu. Diusia 3tahun ku harungi hidup dengan hati yang
berkata-kata. Aku telah diajar bagaimana menilai manusia. Setiap hari adalah
hari yang penuh siksa dan azab. Tidak mampu untuk hidup untuk hari besok pun.
Sakitnya aku tak ku tahu kenapa. Disaat adik beradik ku tidur dengan lena aku
masih jaga berfikir tentang hidup yang sengsara. Aku tidur bertemankan airmata.
Semua ini bermula diusia 3tahun.... sudah kufahami apa itu kesakitan JIWA.
Untuk hidup besok pun aku tidak mampu. Sakitttttnya Ya
Allah.................... Kini aku sudah berusia 47tahun.
Telah ku bebaskan segala sengsara. Aku tahu siapa aku. Aku
sangat2 mengenali Allah Tuhan ku. Aku tahu untuk apa aku hidup. Aku tahu
semuanya yang aku perlu tahu untuk hidup dunia.... Allah Tuhanku telah
mengajari aku satu.... satu.... satu... satu. Aku faham semuanya. Allah
benar-benar Wujud. Aku bersama Allah Tuhan ku kemana-mana pun. Aku ini
benar-benar seorang hamba Mu Ya Allah.
Antara Komen Beliau kepada Dhada (wanita yang dipercayai ada
bersama beliau dalam kes amuk di JPM)
Dhada...... kamu tanya aku soalan air,api, angin dan tanah.
bukankah itu semuanya dari Bumi.
Jiwa akan dihantar untuk ujian kemerata pelusuk MAYA.
Berapakah keluasan MAYA? Hanya Allah yang tahu berapa besar. Setiap suatu MAYA
cuma ada satu sahaja medan Ujian.
Allah Tuhanku akan menyemai benihNYA pada satu titik. Dari
titik itu akan berkembang dan tumbuh suatu Alam yang baru. Berapa lamakah 6
MASA ini akan berkembang dan akan apakah jadinya nanti?
TEMPUH MASA adalah satu ILMU. Tempuh masa satu kelemahan
bagi Allah Tuhan ku. Sedetik pun memusnahkan KESEMPURNAAN Allah.
Benih apa yang disemai menentukan apakah yang tumbuh. Berapa
lama dari satu... satu... satu... sampai 6 masa Allah serahkan pada Makhluk
yang bakal tumbuh itu untuk ia tentukan sendiri.
Biar jutaan tahun sekalipun tidak nampak lemah Allah pada
ketika itu.
Berbalik pada soalan kamu. Jiwa akan dipinjamkan sifat
dimana BUMI dia diuji. Air. udara . angin dan api semuanya unsur BUMI tempat
jiwa itu diuji.
Adakah kamu kenal Imam Mahdi wahai Dhada? Aku ini pekerja
Allah yang satu-satunya masih hidup. Aku kenal Allah Tuhanku lebih dari kamu,
masakan aku tidak tidak kenal Imam Mahdi. Mana mungkin aku tidak suka seorang
kekasih Allah seperti Imam Mahdi. Jika Allah kasihkan Imam Mahdi siapa pula aku
untuk membenci dia.
Dhada, aku ini cuma pekerja Tuhan itu aja. Berbeza taraf
kami bagai langit dan Bumi. Aku ini terlalu kecil berbanding dia Imam kamu. Aku
juga sangat kecil jika dibandingkan dengan kamu pun.
Aku tidak layak menjadi makmum Imam Mahdi.
Dhada, faham ayat ini sungguh2 dan jangn tanya lagi isu Imam
Madhi. Umur ku didunia ini ditentukan dgn munculnya Imam Mahdi kamu. Sebab itu
aku akan gagal semua usaha untuk membawa Imam Mahdi kepada manusia.
Ingat tidak aku katakan baru2 ini aku ke Madinah ada tugas.
Aku gagalkan usaha membawa Imam Mahdi kepada kamu. Aku belum mahu mati. Aku
terlalu sayangkan Isteri dan anak-anak ku.FAHAM KAN.
Tidak kah kamu sayang kepada aku dhada. Mahukah kamu
kehilangan aku jika sekadar mahukan Imam Mahdi. Jwap soalan aku ini. Berapa
banyak airmata isteri dan anak ku akan gugur nanti.
Salam
Antara Komen beliau kepada posting dalam blog sendiri
Jaya Negara12 June 2012 23:06
Dhada...., Aku ingat kamu telah ditangkap polisi gara-gara
menyokong aku. Janganlah menghilang tanpa bicara. Cemas aku.
Kelip-kelip ku sangka api kalau api mana obornya.
Hilang ghaib ku sangka mati kalau mati mana kubornya.
Aku ini kebal dengan segala jenis senjata maupun
undang-undang manusia aku pun tak tahu kenapa. Dulu diusia remaja 19..... 30
aku terlibat dengan banyak jenayah -jenayah kecuali rogol, zina dan membunuh.
Selain dari jenayah itu aku buat yakni merompak, dadah dan pukul orang. Aku ini
ibarat halimunan. Polis macam tak nampak aku.
3 jenis jenayah ni aku sangat pakar. Pada usia 30 aku
tinggalkan semuanya. Aku dah bertaubat dan kini aku ingin menyumbang bakti pada
semua kamu.
Aku mulai dengan menulis sikit-sikit dengan petunjuk dari
Allah Tuhanku. Kamu sepatutnya sudah mengetahui siapa aku dari awal-awal lagi.
Lihat aku dan fahami aku melalui mata hati mu.
Salam. Gila apa manusia.
Komennya mengenai Dr. Mahathir
""Dr Mahathir satu-satunya manusia
berjiwa besar yang aku temui diMalaysia hingga hari ini. Jika dia masih mahu
menjadi Perdana Menteri Malaysia pasti aku amat-amat bersetuju. Dia sudah tua
dan selalu sakit-sakit tidak mungkin dia mahu. ""
Ini mungkin komen terakhir arwah Khalil Afandi dihttp://4.bp.blogspot.com/ , yg aku rasa dia macam plan utk mati dlm peristiwa blok b, JPM semalam : Sekian. Ini adalah yang terakhir. Kita tidak akan bertemu lagi dalam bentuk tulisan. Kita pasti bertemu dan aku berjanji aku pasti tamatkan semua tugas-tugas ku supaya aku terus saja pulang tidak lagi kembali.[/b] Terima kasih Dhada kerana peringatan Ikhlas kamu. Iyakan aku ini manusia sering saja terlupa juga dan bodoh macam kamu. Ini dia peringatan terakhir dari aku. Hayati lah.[/b]
Didataran tak bertuan semua dari kita telah bersumpah dengan nama Allah untuk menerima ujian diBumi-bumi ujian yang telah Allah sediakan.
Nanti bila dicerahkan Allah semua kabus-kabus perjanjian antara setiap satu.. satu.. satu.. semuanya jiwa..... maka pastinya menitis tis.. tis.. tis.... airmata kamu. Allah benar pada ketika itu. Allah pasti benar. Aku ini didatangkan demi peringatan terakhir yang aku tahu pasti semuanya kamu akan memerangi aku. Setiap dari kamu membawa kepercayaan nenek-moyang kamu sedikit-sedikit hinggakan semuanya terpikul dengan berat. Bongkok kamu. Manusia hari ini dalam keadaan bongkok dan hodoh tetap juga mahu juga sombong.
Siapa Tuhan.... siapa Hamba?. Gila apa manusia. (nama blog arwah Khalilhttp://
[/table]
Kamu wahai manusia hidup didunia ikut apa yang Allah Tuhanku suruh.... kamu tidak boleh buat sesuka hati mu... Faham ke tidak? Apa nama Pak Sedara kamu?.... OHHH ..... lupa. Jalanlah pelan-pelan wahai Pak tua yang Bonggkok. Perhatikan longkang dihadapan kamu. Sudah berjuta kali kamu tertumoih tidak pernah mahu ingat. Gila umat manusia akhir zaman ini. HIDUP DAN MATI DIPERTARUHKAN CUMA UNTUK SESUAP NASI.